PerdanaSiswa UM 13 Feb. 5.30pm | Yang DiPertua MPMUM Sdr. Mohammad Ridzuan Mohammad mengakui bahawa pihaknya ada diajak runding oleh Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) untuk menjayakan Festival Konvokesyen Universiti Malaya sesi 2009 (FESKUM’09), di sini.
Kita memang ada menerimanya (surat HEPA). Saya telah meminta Shafie (Setiausaha Politik) untuk meneliti perkara tersebut. Sama ada kita sedia bekerjasama atau sebaliknya, akan diputuskan kemudian,” jelas Sdr. Mohammad Ridzuan Mohammad.
Dalam surat tersebut, HEPA meminta MPMUM menyenaraikan 20 penama sebagai adhoc Tertinggi FESKUM’09.
Ketika ditanya adakah beliau masih bertekad untuk tidak bekerjasama dengan HEPA sebagaimana yang diucapkannya sebelum ini, beliau menjelaskan:
Setakat ini, mereka layan kita secara adil. Tiada sebab untuk kita bersikap melampaui batas profesionalisme terhadap mereka.”
Beliau juga menjelaskan bahawa HEPA tidak mungkin bersikap double standard seperti era (Dato’ Prof. Dr.) Razali Agus kerana Naib Canselor yang ada sekarang cukup profesional dan bersikap objektif.
Setiausaha Politik bagi YDP MPMUM, Sdr. Mohd Shafie Hashim ketika dihubungi menjelaskan bahawa beliau sudah menyediakan senarai pendek nama adHoc untuk diperbahaskan dalam mesyuarat MPMUM akan datang; sebelum dikemukakan kepada Ketua Penolong Pendaftar Kanan HEPA K. Puniamurthy.
Terdahulu (dalam Forum Mahasiswa 11/2), YDP MPMUM ada menegaskan bahawa MPMUM sesi kepimpinannya tidak akan melayan birokrasi tidak munasabah HEPA atas alasan AUKU tidak menjelaskan kewajipan tersebut.
Sejak tahun 2004-2008 lalu, HEPA merampas aka kudeta kuasa autonomi MPMUM dalam menguruskan FESKUM (dahulu dikenali sebagai Ekspo Konvokasyen UM - EKSKUM).
TNC HEPA pada waktu itu juga pernah mencipta badan ‘haram’ Konsortium Pengetua-Pengetua Kolej Kediaman UM untuk melaksanakan FESKUM tersebut secara ‘pecah dan perintah’. -mahasiswakini
0 comments:
Post a Comment
Sebarang Malumat Lanjut Sila Hubungi Kami Seperti Maklumat Tertera