FESKUM adakah program grand yang amat dikenali oleh mahasiswa Universiti Malaya. Kebanyakan universiti awam, festival konvokesyen mereka ditadbir oleh pihak pentadbiran secara keseluruhannya. Ini lainnya, pengurusan di UM memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengurus tadbir FESKUM sepenuhnya secara organisasi yang jitu.
Berikutan peralihan kuasa selepas Pemilihan MPMUM ( PRK UM ) pada 19 Januari 2009 lalu, MPMUM dengan kabinet barunya berpandangan bahawa nama FESKUM 09 perlu diubah,ini kerana pendekatan ala pemerintahan pro-m mengendalikan FESKUM berbeza dengan Aspirasi Um dahulu yang kini dikenali dengan Penggerak Mahasiswa.
Pendekatan yang amat ketara, FESKUM kali ini lebih menekankan aspek intelek dan elemen yang seangkatan dengannya. FESKUM kali ini tidak memberi penekanan kepada hiburan, kerana saluran-saluran TV telah memomokkan masyarakat dengan hiburan yang melalai dan melemah jiwa.
Jadi bersesuaian dengan Universiti sebagai tempat berkumpulnya para intelek dan ilmuan, maka FESKUM kali ini akan memastikan agar segala pengisian dan aktiviti yang dijalankan adalah yang berunsur pencetus budaya intelektual, ia sebagai wadah untuk menzahirkan pengorbanan tokoh-tokoh akademik dalam merealisasikan Universiti Malaya sebagai lubuk ilmu.
Sebagaimana yang kita dapat lihat sebelum ini, imej FESKUM telah teruk tercalar sejak aspirasi memerintah sehingga FESKUM 08 dan ia telah gagal dalam senarai antara terbaik dalam anugerah MECD, maka dengan alasan tersebut, jawatan kuasa pelaksana FESKUM 09 berpandangan bahawa ia amat perlu di RE-BRANDING dengan nama dan jenama yang baru bersesuaian dengan imej UM “The Leader in Research & Innovation“.
Harapannya dengan penjenamaan semula ini nanti dapat merealisasikan bahawa festival konvokesyen ialah satu majlis untuk menghargai para graduan dan ilmuan yang bakal konvo dan menyertai majlis yang penuh dengan adat dan istiadat tersebut.
Jika anda punyai rakan yang akan grad pada konvokesyen bertarikh 10 hingga 15 Ogos 2009 ini, tunjuk dan zahirkan penghargaan anda dengan memberi idea nama baru FESKUM kali ini.
Idea anda boleh disalurkan dalam ruang komen pembaca pada artikel ini.
*(penulis merupakan Eksekutif Publisiti & Penerbitan FESKUM 09 dan boleh dihubungi di no 019-5406608)
0 comments:
Post a Comment
Sebarang Malumat Lanjut Sila Hubungi Kami Seperti Maklumat Tertera