(Artikel ini disedut dari komen pembaca )
Selasa, 2009 Februari 17 Oleh : Penggerak
FESKUM merupakan program grand yang amat dibanggakan oleh semua mahasiswa Universiti Malaya. Majoriti di universiti lain, festival konvokesyen mereka diuruskan oleh pihak pentadbiran secara sepenuhnya. Ini berbeza dengan pengurusan di UM yang memberi peluang kepada pemimpin mahasiswa untuk menjalankan pengurusan FESKUM sepenuhnya secara organisasi yang profesional.
Kosmo kampus telah menerumah beberapa jawatankuasa terdahulu FESKUM 07 & 08 yang melihat bahawa “program FESKUM bukanlah sesuatu yang mudah dan mencabar sekirannya MPMUM kali ini, tidak dapat menjalinkan kerjasama yang baik dengan pihak-pihak tertentu”. Ini juga dipersetujui oleh sebahagian mahasiswa di fakulti sastera dan sains yang menganggap bahawa sekirannya pihak pimpinan MPMUM hanya pandai menuding jari dan masih memainkan isu-isu yang negatif terhadap pihak pengurusan, FESKUM akan mengalami jalan yang buntu. Sekarang masa untuk bekerja bukan masa untuk politik.
Pimpinan MPMUM wajar menunjukkan sikap yang positif dan menyahut cabaran dalam program ini, bukannya masih memikirkan (teragak-agak) dan meminta penasihat politik untuk memikirkan. Ini merujuk kepada kenyataan YDP dalam blog mahasiswakini,
“Kita memang ada menerimanya (surat HEPA). Saya telah meminta Shafie (Setiausaha Politik) untuk meneliti perkara tersebut. Sama ada kita sedia bekerjasama atau sebaliknya, akan diputuskan kemudian,” jelas Sdr. Mohammad Ridzuan Mohammad”.
Menurut mahasiswakini "Sdr. Mohd Shafie Hashim ketika dihubungi menjelaskan bahawa beliau sudah menyediakan senarai pendek nama adHoc untuk diperbahaskan dalam mesyuarat MPMUM akan datang; sebelum dikemukakan kepada Ketua Penolong Pendaftar Kanan HEPA K. Puniamurthy".
Satu perkara lagi yang wajar dipersoalkan, kenapa senarai nama pendek adhoc FESKUM 09’ ada pada penasihat politik?. Ini sepatutnya wajar dibincangkan bersama ahli kabinet dan diputuskan bersama.
Selain itu juga, FESKUM merupakan program yang dimanahkan kepada MPMUM untuk diuruskan, bukannya masa mahu ke tak atau jual mahal. Ini masa untuk menjalankan tanggungjawab yang diberikan.
Dalam pada itu seorang pelajar tahun 3 dari fakulti sastera sdr.wan menyifatkan bahawa, kenyataan sdr. Ridzuan itu atas rentetan pembohongan dan fitnah yang dilakukan oleh kuncu-kuncunya iaitu ProM terhadap pihak pengurusan khususnya HEP dan mereka sebenarnya malu untuk berkerjasama dengan HEP. Bagaimana mereka ingin menjaga kebajikan kami, sedangkan mereka tiada hubungan yang baik dengan pihak pengurusan?.
Kosmo kampus difahamkan HEP berperanan untuk memberi bimbingan dan nasihat serta pemantauan setiap aktiviti/program FESKUM.
0 comments:
Post a Comment
Sebarang Malumat Lanjut Sila Hubungi Kami Seperti Maklumat Tertera