Thursday, June 4, 2009

OBJEKTIF - feskum

Objektif projek ini adalah selaras dengan gagasan dan hala tuju FESKUM‘09, iaitu:

INTELEKTUAL

Menyediakan pelbagai program dan pengisian yang bersifat intelektual kepada warga kampus dan pihak luar yang datang mengunjungi FESKUM’09 selaras dengan slogan UM, iaitu yang ingin melahirkan pemimpin dalam bidang penyelidikan dan inovasi (The Leader in Research & Innovation.

PERPADUAN

Perpaduan merupakan asas keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat kampus yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Maka elemen penting ini bukan sahaja diterapkan dalam kalangan Majlis Eksekutif projek, bahkan menjadi propaganda utama yang ditonjolkan melalui setiap program yang dijalankan.

KEBUDAYAAN DAN KESENIAN

Keunikan budaya dan seni setiap kaum di Malaysia mahupun pelajar-pelajar antarabangsa yang ada di Universiti Malaya diketengahkan dalam FESKUM‘09. Warna-warni budaya dan kesenian ini akan dipersembahkan melalui program-program yang disediakan.

SUKAN DAN KESIHATAN

Menyemai tanggungjawab menjaga kesihatan rohani dan jasmani dalam kalangan mahasiswa melalui pertandingan, pameran mahupun program-program yang diadakan. Kesihatan rohani dan jasmani penting bagi melahirkan pelajar dan pemimpin masa hadapan yang bukan sahaja intelek, bahkan kreatif, proaktif dan berdaya saing.

KEUSAHAWANAN DAN KERJAYA

Membudayakan keusahawanan dalam kalangan mahasiswa UM selaras dengan impian Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang ingin mahasiswa menceburi bidang keusahawanan. FESKUM‘09 merupakan salah satu platform terbaik untuk menanam, menyemai dan seterusnya menghasilkan insan-insan yang berjiwa besar dan memiliki minda usahawan.

MODAL INSAN

FESKUM’09 menjana warga kampus yang berkeyakinan tinggi, matang dan intelek serta berdaya saing untuk menghadapi cabaran global. Aspek-aspek inilah yang akan melahirkan modal insan yang berkualiti dan berinovasi untuk memimpin negara

0 comments:

Post a Comment

Sebarang Malumat Lanjut Sila Hubungi Kami Seperti Maklumat Tertera

Web FESKUM 09

 
Powered by Blogger