Golongan belia merupakan golongan terbesar dan merupakan aset yang amat berharga kepada sesebuah negara. Golongan inilah pelapis dan tulang belakang untuk meneruskan kepimpinan negara, yang mencorakkan maju atau mundur sesebuah negara. Apatah lagi belia-belia tersebut merupakan seorang graduan atau penuntut di sesebuah universiti, khususnya di universiti perdana ini.
Belia, khususnya mahasiswa perlu bersedia dan persiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk menggalas harapan masyarakat dan negara dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kebolehan. Lantas atas dasar tanggungjawab menyediakan modal insan yang memenuhi tuntutan masyarakat dan negara serta agama, betapa pentingnya FESKUM‘09 ini diadakan dan dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar sendiri.
Di sinilah gelanggang yang tepat untuk menghasilkan pelajar-pelajar yang bukan sahaja intelek, bahkan kreatif, berani dan berdaya saing. Di sini juga para pelajar dididik dengan pengalaman, yang mana kita mengetahui bahawa pengalaman itu adalah guru terbaik bagi setiap insan. Kami melihat di sini juga medan melahirkan bukan sahaja bakal pemimpin negara bahkan usahawan yang akan memberi sumbangan besar dalam ekonomi negara pada masa hadapan. Semoga inisiatif kami mengadakan FESKUM’09 ini dapat membantu usaha KPTM yang cuba melahirkan sebanyak mugkin modal insan yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara. Semoga usaha ini mendapat hidayah dan keredhaan Allah S.W.T.

0 comments:
Post a Comment
Sebarang Malumat Lanjut Sila Hubungi Kami Seperti Maklumat Tertera