Monday, June 22, 2009

FESKUM?

(DIkirim oleh ewan89 di 30 Mac 2009)

Selamat sejahtera kepada semua. FESKUM merupakan program grand yang amat dibanggakan oleh semua mahasiswa Universiti Malaya. Majoriti di universiti lain, festival konvokesyen mereka diuruskan oleh pihak pentadbiran secara sepenuhnya. Ini berbeza dengan pengurusan di UM yang memberi peluang kepada pemimpin mahasiswa untuk menjalankan pengurusan FESKUM sepenuhnya secara organisasi yang profesional.

Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon jasa baik rakan-rakan sekalian untuk menyumbang saran bagi menamakan program konvokesyen UM untuk sesi kali ini. Sebagaimana tahun sebelumnya, program ini dinamakan Festival Konvokesyan Universiti Malaya ( FESKUM ).

Pada tahu ini kita akan menjelmakan suatu penampilan yang baru dalam FESKUM pada kali ini bermula dengan perubahan nama program.

Untuk makluman semua, pihak Jawatankuasa FESKUM 2009 telah menggariskan lima prinsip tunjang dalam menjayakan FESKUM pada kali ini. Antaranya ialah :

1. Intelektual

2. Perpaduan

3. Keusahawanan

4. Sukan & kesihatan

5. Modal Insan

6. Kebudayaan dan kesenian.

Berteraskan lima tunjang asas ini kami ingin menampilkan suatu nama baru untuk feskum pada kali ini.. Justeru saya mengharapkan buah fikiran dan pandangan sahabat sekalian dalam memacak nama baru program ini bagi menggantikan FESKUM. Sesungguhnya idea ’sedikit’ yang diberikan akan membawa impak yang besar kepada imej universiti kita ini nanti.

( hantarkan cadangan tersebut dengan memberi komen dalam post ini )

syukran, tq, terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

Sebarang Malumat Lanjut Sila Hubungi Kami Seperti Maklumat Tertera

Web FESKUM 09

 
Powered by Blogger