TEHERAN: Mereka yang menyertai tunjuk perasaan di jalan-jalan raya di Iran bukan lagi terdiri daripada golongan muda yang liberal dan kaya.
Malah, ia turut disertai semua anggota keluarga, pemandu teksi dan kaum wanita berhijab yang berpakaian serba hitam. Rata-rata, mereka mahukan satu perkara yang sangat mudah iaitu undi mereka dikira dan suara mereka didengari.
Namun, apa kesudahan matlamat mereka kini masih menjadi satu tanda tanya. Adalah terlalu awal untuk meramalkan jika tunjuk perasaan di Iran sekarang akan berubah menjadi gerakan politik teguh yang dipimpin oleh penentang utama Presiden Mahmoud Ahmadinejad iaitu Encik Mir Hossein Mousavi.
Segelintir rakyat Iran telah turut menyuarakan kesangsian berkaitan kesanggupan rakyat setempat mengekalkan momentum bantahan ini.
Tetapi di Teheran dan beberapa bandar lain di serata negara, penyokong Encik Mousavi, yang terdiri daripada golongan kelas pertengahan dan atasan, telah memberikan isyarat yang jelas.
'Mousavi mewakili undi kami dan kami mengikut beliau,' kata Encik Saham Boorghani, 26 tahun, editor laman web reformis, Diplomasi Iran. Pendirian Encik Boorghani serupa dengan pendirian golongan reformis muda lain yang menyokong Encik Mousavi.
Kali terakhir Iran melihat bantahan antipemerintah ialah sedekad lalu apabila satu serbuan ke atas asrama di sebuah universiti di Teheran mencetuskan bantahan selama enam hari.
Ketika itu, bantahan itu disifatkan sebagai yang terburuk sejak revolusi 1979 yang menggulingkan pemimpin Shah Iran yang pro-Amerika Syarikat.
Gerakan yang diterajui oleh para pelajar itu bagaimanapun hilang momentum begitu sahaja dengan sistem yang sedia ada kekal.
Kali ini, penunjuk perasaan bukan setakat melibatkan para pelajar dan golongan muda. Golongan kelas pertengahan dan golongan konservatif agama turut menyertai bantahan.
Cik Saman Qahremani, 21 tahun, yang berhijab dan berpakaian serba hitam berkata beliau mahu memberitahu pemerintah bahawa rakyat Iran daripada pelbagai lapisan masyarakat kini marah.
'Apabila keputusan (pilihan raya) diumumkan, saya hanya rasa benci. Mereka tipu kami. Kami hanya mahu undi kami diiktiraf. Jika mereka tidak mengambil kira undi rakyat, Iran bukan lagi negara Republik. Ia akan menjadi sebuah monarki,' katanya.
Pekerja majlis bandaran, Encik Reza Hosseini, 37 tahun, bersorak untuk Encik Mousavi apabila beliau tiba di sebuah rapat dalam konvoi kereta.
'Saya mengundi Mousavi dengan harapan untuk menikmati kehidupan lebih baik, lebih kebebasan, keselamatan dan bantuan. Semua orang yang saya kenal telah mengundi Mousavi,' kata Encik Hosseini.
Berdekatan beliau, seorang pemandu teksi yang berada dalam kenderaannya berteriak: 'Semua orang harus turut serta! Jangan tengok sahaja!'
Seorang ibu bersama anak perempuannya pula kelihatan sedang mendekati beribu-ribu penunjuk perasaan untuk menyertai mereka. Alasan mereka ialah mereka tidak sanggup sekadar duduk di rumah dan melihat apa yang telah berlaku.
'Ini berbeza sama sekali dengan apa yang berlaku pada 1999. Bantahan itu adalah antara para pelajar dengan pemerintah. Kali ini, ia antara rakyat dengan pemerintah. Kali ini, ia melibatkan seluruh Iran. Ini satu gerakan yang bersejarah,' kata Encik Boorghani.
Seorang remaja, Amir Ebrahimi, melaungkan 'Hidup Mousavi!'.
'Saya datang ke sini untuk memberitahu pemerintah yang saya tidak bodoh. Saya tahu apa yang mereka lakukan dengan undi saya,' kata Ebrahimi.
Tunjuk perasaan bagi menyokong Encik Mousavi telah merebak di bandar-bandar lain di Iran.
Rapat yang menarik beribu-ribu penduduk telah turut dilaporkan di bandar bersejarah Isfahan, bandar timur laut yang konservatif Mashhad dan bandar selatan Shiraz.
Rakyat setempat bukan hanya marahkan keputusan pilihan raya. Mereka mahukan lebih kebebasan peribadi, ekonomi lebih baik dan kedudukan di peringkat antarabangsa. Mereka menyalahkan Encik Ahmadinejad kerana menjejas nama baik Iran di luar negeri.
'Di kaca mata saya, Ahmadinejad telah mencemarkan dirinya dan juga Iran,' kata Cik Leila, 29 tahun.
Buat masa ini, tiada siapa yang tahu sama ada bantahan ini akan bertambah momentumnya atau lenyap begitu sahaja. Terdapat suara-suara yang sangsi bantahan itu akan dapat bertahan lama.
Antaranya ialah Encik Bahman, seorang mekanik berusia 20 tahun, yang tidak rasa rakyat setempat dapat bertahan lama untuk menentang pemerintah.
'Pemerintah akan dapat menindas rakyat dengan mudah. Mereka akan rasa keseorangan. Penunjuk perasaan ini tidak mempunyai sokongan sementara pemerintah pula mempunyai pelbagai bentuk kuasa,' katanya.
Yang jelas, pemerintah sudah pun mengancam untuk mengambil tindakan segera dan tegas ke atas penunjuk perasaan jika bantahan berterusan.
Ini dapat dilihat pada rapat Isnin lalu apabila askar pemerintah telah melepaskan tembakan dengan sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan terkorban.
'Pemerintah mungkin akan cuba mencekik kami, tapi kami tidak akan berdiam diri dan biarkan mereka berbuat demikian. Kami tidak boleh berpatah balik. Kami tidak akan berputus asa,' kata Encik Boorghani. -- AP.
bagi saya penamaan semula tu macam tak perlu je…
sebab feskum pun stands for “festival konvokesyen um”….
so…nak bagi name pun….ape je lagi….
lain la kalau nak nampak “intelektual” sangat…nak tukar perkataan “festival” tuh….
hahaha….
tapi bagi saya tak perlu penamaan semula laa….
just tukar tema die je…lebih intelektual sket…
takde hiburan melampau2…..
saya setuju dengan bunga infinity…
tahun lepas jadi ajk tajaan untuk forum perdana…haduii…susah betul nak cari tajaan….
panggil gerai2 yang sebelum ni dah bertapak kat feskum dulu…
oh saya ada cadangan….
kalau buat pertandingan rekacipta/inovasi atau pape yang sewaktu dengannya lah, sebelum minggu feskum tu…pastu masa feskum tu buat pameran rekaan sume tu….saya rasa ramai yang berminat kot….terutama yang dari fak engine & sains….
kata “the leader of research & innovation” kan….
hoho….
tapi hadiah kena grand la….takut takde sambutan lak….(sume orang terbeliak mata kalau hadiah besar2…hehe….)
kena bergantung giler2 pada tajaan la nih….
huhu….
saya memang berminat nak jadi ajk feskum lagi tapi tahun depan saya akan jadi sangat bz dengan projek final year saya plak….
kalau tak…memang saya dah join dah…..
huhu…..
oh lagi 1….
line telefon untuk sekretariat feskum tu tolooooooooooong lah banyakkan….
at least 3….
sebab feskum banyak sub-projek bawah die….
ramai ajk nak guna telefon….terutama yang tajaan….
kalau telefon ade 2…tapi line die 1 je….tak guna jugak….kena tunggu giliran jugak…..
huhu….
sekian terima kasih….