Friday, October 2, 2009

Raya @ Feskum '09



Sunday, August 23, 2009

Penutup FESKUM '09

Akhirnya pada 15 Ogos 2009 FESKUM '09 telah melabuhkan tirainya, dan buat tatapan seluruh WARGA UM, kami paparkan multimedia keseluruhan ringkasan intipati FESKUM '09 buat semua, semoga anda dapat merasai kemeriahannya.

Thursday, August 13, 2009

WACANA PERDANA EKONOMI MALAYSIA

Wednesday, August 12, 2009

Kami telah berpindah ke WEB FESKUM '09 yang baru

www.feskum09.com

Tuesday, July 14, 2009

Pertandingan Paintball- Sempena Festival Konvokesyen Universiti Malaya 2009 ( Palestin Dibela )

Maklumat lanjut Mengenai Program Adalah seperti berikut :

Tarikh : 14.8.09 - Open day
: 15.8.09 - Tournament

Harga : Tournament - RM250/team ( 7org-5main 2 simpanan ) ( 400 biji )
: Open Day - RM30/seorang

Hadiah :
1st - RM250 + Sijil + Hamper

2nd - RM150 +sijil+hamper

3rd - RM100 +sijil+hamper

4th - 10 = sijil + hamper

Untuk sebarang pertanyaan lanjut anda boleh hubungi Hisham di talian- ( 012-5938756)
dan Ummi Kalsom ( 017-6122557 )

Bermain sambil menderma

Tuesday, July 7, 2009

Pengambilan AJK FESKUM '09 kedua kini Dibuka

Anda boleh datang terus ke Sekretariat FESKUM '09 di blok D, atau berhubung dengan pihak FESKUM '09 berdasarkan butiran Sekretariat sebagaimana tertera di blog ini.

Friday, July 3, 2009

PERTANDINGAN KANAK-KANAK (KIDZ '09) SEMPENA FESTIVAL KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYA 2009


PERTANDINGAN INI MELIBATKAN 3 AKTIVITI YANG MENARIK :

1- MELUKIS - untuk yang berumur 6 - 10 tahun
2- MEWARNA - untuk yang berumur 4 - 6 tahun
3- PIDATO CILIK - untuk yang berumur 6 - 9 tahun dan yang berumur antara 10 - 12 tahun


BUTIRANNYA ADALAH SEPERTI BERIKUT :

13/8/2009 , MASA 10 PAGI - 5 PETANG - AKTIVITI MELUKIS DAN MEWARNA

14/8/2009 , MASA 10PAGI HINGGA 12 TENGAH HARI UNTUK YANG BERUMUR 6-9 TAHUN
MASA 2 PETANG HINGGA 5 PETANG UNTUK KANAK-KANAK YANG BERUMUR 10-12 TAHUN

KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA PENSYARAH , STAFF , DAN WARGA UMKL.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI DI TALIAN 013-2120228




Thursday, June 25, 2009

FESKUM - UNIVERSITI MALAYA

Sejarah universiti ini boleh dikesan ke Singapura, dari Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (ditubuhkan pada 1929). Kedua-dua kolej ini bergabung menjadi Universiti Malaya pada 8 Oktober 1949. Kemudian pada tahun 1959, universiti ini mengambil keputusan berpecah kepada dua bahagian, satu di Singapura (kemudiannya menjadi Universiti Nasional Singapura) dan satu lagi di Kuala Lumpur (mengekalkan nama Universiti Malaya). Maka secara rasminya Universiti Malaya yang sekarang ini ditubuhkan pada 1 Januari 1962. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Canselor pertama Universiti Malaya
Terdapat 2 akademi di UM, 12 fakulti dan 4 institut. UM juga mempunyai 11 buah kolej di dalam kampus iaitu Kolej Kediaman Pertama hingga Kolej Kediaman Kelapan, dan Kolej Kediaman Kesepuluh hingga Kolej Kediaman Keduabelas. Manakala di luar kampus terdapat 4 kolej kediaman iaitu Kolej Kediaman Kesembilan, Yayasan Pelajaran Mara, Kolej Kediaman Seksyen 17 dan Kolej Kediaman Pantai Puteri. UM juga mempunyai sebuah hospital iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Moto Universiti Malaya adalah "Ilmu Punca Kemajuan".

Sumber : Buku UM 06/07

Wednesday, June 24, 2009

Feskum DJ @ VJ

FESKUM '09 kini sedang mencari mana-mana mahasiswa Universiti Malaya yang SUDI menyumbangkan suara mereka untuk menjadi penyampai hebahan program-program FESKUM'09.

Suara anda (bukan sebagai DJ) akan dirakam menggunakan MP3 sebagai hebahan program-program FESKUM'09

"IA AKAN DIULANG-ULANG sepanjang pergerakan penerangan bergerak DENGAN MENGGUNAKAN KERETA yang berpermit dari pihak KESELAMATAN UM dan pihak POLIS DIRAJA MALAYSIA"


Tuesday, June 23, 2009

Jom ADD !!!! facebook & friendster FESKUM 09

Monday, June 22, 2009

OLEH : padi makan pagar

(Artikel ini disedut dari komen pembaca )

bagi saya penamaan semula tu macam tak perlu je…
sebab feskum pun stands for “festival konvokesyen um”….
so…nak bagi name pun….ape je lagi….
lain la kalau nak nampak “intelektual” sangat…nak tukar perkataan “festival” tuh….
hahaha….
tapi bagi saya tak perlu penamaan semula laa….
just tukar tema die je…lebih intelektual sket…
takde hiburan melampau2…..

saya setuju dengan bunga infinity…
tahun lepas jadi ajk tajaan untuk forum perdana…haduii…susah betul nak cari tajaan….

panggil gerai2 yang sebelum ni dah bertapak kat feskum dulu…

oh saya ada cadangan….
kalau buat pertandingan rekacipta/inovasi atau pape yang sewaktu dengannya lah, sebelum minggu feskum tu…pastu masa feskum tu buat pameran rekaan sume tu….saya rasa ramai yang berminat kot….terutama yang dari fak engine & sains….
kata “the leader of research & innovation” kan….
hoho….
tapi hadiah kena grand la….takut takde sambutan lak….(sume orang terbeliak mata kalau hadiah besar2…hehe….)
kena bergantung giler2 pada tajaan la nih….
huhu….

saya memang berminat nak jadi ajk feskum lagi tapi tahun depan saya akan jadi sangat bz dengan projek final year saya plak….
kalau tak…memang saya dah join dah…..
huhu…..

oh lagi 1….
line telefon untuk sekretariat feskum tu tolooooooooooong lah banyakkan….
at least 3….
sebab feskum banyak sub-projek bawah die….
ramai ajk nak guna telefon….terutama yang tajaan….
kalau telefon ade 2…tapi line die 1 je….tak guna jugak….kena tunggu giliran jugak…..
huhu….
sekian terima kasih….

:D

OLEH : bunga infinity

(Artikel ini disedut dari komen pembaca )


a’kum…
trima kasih info dalam artikel ni btau tarikh feskum 10-15hb ogos..
saya juga plajar tahun akhir..
untuk nama baru,kenapa tidak guna nama lama,waktu gagasan memerintah um?idea baru..saya belum terfikir..
namun,usaha untuk pembaharuan konsep feskum ke arah yg lebik dinamik amat diharapkan di kalangan mahasiswa
tapi…
untuk melakukan perbahan,kita perlu tahu paling tdak serba sedikit apa benda yg kita nak ubah kan?
mcm la kalu kita nak kata sesuatu ajaran itu sesat kita kena tahu ape dia ajaran yg benar..
antara yg perlu ditekankan oleh organisasi tahun ni,
taun lepas,feskum ni bawah en.apandi kalib,kalu ape2 nak sign surat internal or external jus melalui dia,x perlu tnc (coz memudahkan urusan,tnc pun bzi)
2nd,masalah taun lepas ialah tajaan iaitu penaja utama
coz bila minta tajaan syaikat2 ni,dorang akan tanya sape penaja utama..kalu penaja utama x confirm so yg lain2 pun susah nak sponsor..
lagi,dalam bab penggerai,penggerai lama perlu diutamakan,contoh mcm yg dah 10 tahun berniaga kt feskum ni cam uncle yg jual teddy bear 2..
besides,penggerai2 last year juga ‘wajar’ dijemput dulu
selain 2,kena ade otai dalam organisasi yg penah join feskum sebelumnya
and last year n b4 this,gerak kerja stat masa cut sem ni,kalu sem dah bukakmasing2 pun agak bzi
yg penting ad kepelbagaian dalam organisasi,cam dulu ad student law,sains,engine,pusat kebudayaan medik dsb..
hhmm,syarikat majalah yg terbitkan milenia,forward n aniqah 2 dorang kata nak sponsor mjalah lagi taun ni,so contact je la dorang k..
ape lagi ye,dah ngantuk ni,da…

FESKUM?

(DIkirim oleh ewan89 di 30 Mac 2009)

Selamat sejahtera kepada semua. FESKUM merupakan program grand yang amat dibanggakan oleh semua mahasiswa Universiti Malaya. Majoriti di universiti lain, festival konvokesyen mereka diuruskan oleh pihak pentadbiran secara sepenuhnya. Ini berbeza dengan pengurusan di UM yang memberi peluang kepada pemimpin mahasiswa untuk menjalankan pengurusan FESKUM sepenuhnya secara organisasi yang profesional.

Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon jasa baik rakan-rakan sekalian untuk menyumbang saran bagi menamakan program konvokesyen UM untuk sesi kali ini. Sebagaimana tahun sebelumnya, program ini dinamakan Festival Konvokesyan Universiti Malaya ( FESKUM ).

Pada tahu ini kita akan menjelmakan suatu penampilan yang baru dalam FESKUM pada kali ini bermula dengan perubahan nama program.

Untuk makluman semua, pihak Jawatankuasa FESKUM 2009 telah menggariskan lima prinsip tunjang dalam menjayakan FESKUM pada kali ini. Antaranya ialah :

1. Intelektual

2. Perpaduan

3. Keusahawanan

4. Sukan & kesihatan

5. Modal Insan

6. Kebudayaan dan kesenian.

Berteraskan lima tunjang asas ini kami ingin menampilkan suatu nama baru untuk feskum pada kali ini.. Justeru saya mengharapkan buah fikiran dan pandangan sahabat sekalian dalam memacak nama baru program ini bagi menggantikan FESKUM. Sesungguhnya idea ’sedikit’ yang diberikan akan membawa impak yang besar kepada imej universiti kita ini nanti.

( hantarkan cadangan tersebut dengan memberi komen dalam post ini )

syukran, tq, terima kasih.

Perkembangan terkini FESKUM '09

Monday, June 8, 2009


Suka lah aku untuk maklumkan mengenai perkembangan atau progress dalam loghat omputehynya bagi FESKUM '09...Walaupun terdapat beberapa siri pertembungan dan kesulitan yang ditimbulkan samaada dari comittee atau HEP, namun masih lagi aku dapat menjalankan tugas yang harus disandang dan dijayakan. Sebagai panelis bawahan unit protokol, aku sudah mula nampak alasan utama mengapa aku perlu berkhidmat dalm FESKUM '09. Ini kerana ilmu dan pengalaman kerja yang ada sungguh banyak dan sangat bermakna.

ICR atau International Corporate Relation UM merupakan antara alasan utama mengapa aku begitu teruja dengan FESKUM '09. Ini kerana aku berpeluang untuk mempelajari pelbagai perkara yang berkaitan dengan urusan profesionalism. Sebagai contoh hari ni aku baru belajar apa itu FILING SYSTEM, kepentingan kelainan dan konsep yang baharu dan bukan diciplak. Walaupun di basuh dengan dahsyat sekali tapi aku still boleh terima lagi sebab apa yang dibasuh adalah berdasarkan learning process approach...Walaupun tajaan setakat ini sudah hampir 2/3 dari 100 ribu...

SEBUTIR PENGALAMAN SELAUT PENGETAHUAN

oleh : Tirkah Privasi

kisah di feskum…. ( 2007 Punye kisah dari Ex UM )

Post on September 7th, 2007 by khazanatul-asrar

Korang tau x feskum tu aper?feskum tu festival konvokesyen universiti Malaya. Boleh lar tapi tak semeriah masa 1st year bagi aku. Dibandingkan dengan masa aku 1st year lagi banyak gerai bukak. Selama feskum bukak ader lah 2 3 4 kali aku g round,just cuci2 mata then temankan member.sorang jer y nak beli tapi berenam sekali pergi, teamwork hehehe.

Erm tu hari g kat kedai kasut. Pika yang nak beli kasut ladies. Banyak gak lah kasut kat kedai tu then ader lah dia berkenan 2 3 pasang tapi nak beli 1 jer lah kan.brutal lah tu beli banyak2 hehehehe. Then buat pilihan dari y terpilih tu tapi dia cam x yakin lak dengan pilihan dia tu. Jie kata cantik, aku kata ok jer then dia tanya lok x kalo pakai ngan suar. Jie kata on jer lah. Aku entahlah, ok jer kot. Tapi dia still x yakin then tanya lagi, `org x kata pelik ker kalo saya pakai kasut ni g kuliah ngan suar?`…. then katanya jie, `kok, apa y nak pikir.tengok saya,orang kata x sesuai pakai sport ngan baju kurung tapi saya pakai jer,janji saya selesa dengan diri saya!`lagipun kasut tu bukannya seksi sangat or x membolehkan pakai dengan stokin. Huh nampak macam simple ayat2 tu tapi aku terpikir, betol gak kan. Selalu kita pikir apa y org pandang or pikir pasal kita tapi tu fikiran dorang then bagi aku pandangan manusia x pernah adil. Kalo kita selalu pikir apa org len pikir pasal kita then nak berubah semata2 tu, rasa adil ker untuk diri sendiri? Selagi apa y kita buat tu x salah or masih di `landasan yang betol`, alhamdulillah. Bukannya aku nak kata pandangan dorang tu x boleh pakai ker or aper tapi tengok lah keadaan.mana yang boleh membina kita amik,jadikan pengajaran.

Macam cerita kita masa kecik2 dulu yang pasal citer ayah, anak, keldai then pasar tu. Tau tak? Cerita yang mula2 ayah and anak duduk sekali atas keldai then masuk lah pasar tu, then org kat pasar tu cakap, iskh teruknya, kesian keldai tu,x ada rasa simpati langsung. Then si ayah turun dari keldai.mereka teruskan perjalanan then masuk pasar.org kat pasar tu cakap lak,ishk terok betol budak tu sanggup biarkan ayah dia jalan kaki.pastu si ayah pun naik lah balik atas keldai dan anak tu jalan kaki lak.bila masuk pasar balik, org cakap lak,ishk teroknya ayah tu sanggup biarkan anak dia jalan kaki.kesian budak tu. Last2 dua2 jalan kaki sambil mengheret keldai tu tapi org kat pasar cakap,bodohnya manusia ni.ader keldai tapi jalan kaki.habis tu aper y betolnya manusia2 sekalian? Sampai bila nak betol ni?

Lepas ni ader x y labelkan aku sebagai `makhluk pelik` yang cakap,woi naliz, duk sorang2 lah ko kalo x nak terima pandangan org.huhuhu jangan cam tu teman2,aku just tulis apa yang aku rasa…kalo ader y salah or silap tegurlah,moga dapat jadi ikhtibar bersama2. aku pun ader gak pikir apa pandangan org pasal aku,bila pikir sorang2 tu macam2 y x baik timbul.mesti org kata aku ni camnilah, camtu lah. Then pikir lah balik, apa aku buat tu salah ker? Asal x salah then kita selesa dengannya, do it. Tapi kalo dah salah then org kritik or kutuk, pandai2lah berubah menjadi y lebih baik.

Erm jangan takut pada kemungkinan, pengajaran y aku dapat minggu ni. thanks dad huhuhu.maksud tersirat?maksud tersurat?renung hidupmu dan kau pasti temui jawapan…insyaAllah

Wishkah, salam ukhwah and assalamua’laikum….

Chain Reaction yang Bijak Sekali! - feskum

Posted by Syah Indra on June 14, 2009

Assalamualaikum WBT..

A chain reaction is a sequence of reactions where a reactive product or by-product causes additional reactions to take place. In a chain reaction, positive feedback leads to a self-amplifying chain of events. Examples of chain reactions include:

- Wikipedia, The Free Encyclopedia-

Dalam Bahasa Melayunya, chain reaction (tindak balas berangkai) adalah satu sumber yang menyebabkan ia memberi kesan terhadap perkara-perkara lain, sama seperti ‘domino effect’. Secara ringkasnya, satu peristiwa akan membawa kepada beberapa lagi peristiwa selepas itu..

Sekarang ini masih lagi dengan tema FESKUM ‘09. Mungkin ada yang bertanya atau inkuiri kenapa FESKUM ‘09 kali ni memang lambat. Beyangkan, tajaan baru nak start minggu lepas dan sampai sekarang, masih belum ada sebarang temujanji dengan bakal-bakal penaja besar..So apa punca tajaan lambat?

Sebab kami buat keje lambat ke?

Kami start calling company pada 3hb Jun sebab KKD lambat dapat kelulusan..bayangkan KKD FESKUM ‘09 yang memang projek BESAR setiap TAHUN tu pun lambat nak luluskan..macam projek asing je jadinya..Surat kebenaran mohon tajaan pun lambat dapat..sebab lambat luluskan KKD..Perkampungan FESKUM ‘09 lambat sebab pencarian AJK FESKUM ‘09 lambat..masa study week baru buat interview untuk pilih AJK..Kenapa pemilihan AJK lambat? Sebab Syazwan, pengarah FESKUM ‘09 lambat dipilih untuk jadi pengarah..awal bulan AprilPenubuhan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) lambat dibentuk..Kenapa MPMUM lambat dibentuk? Sebab Pilhanraya Kampus (PRK) lambat diadakan.. baru dipilih..Kenapa pemilihan pengarah FESKUM ‘09 lambat? Sebab

Kenapa PRK lambat diadakan? Kerana MPMUM sesi lalu lambat dibubarkan..

Siapa ada kuasa membubarkan MPMUM?

Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEP) UM..

Jangan salahkan kami..kerana kami bukan puncanya..jangan salahkan pelajar semata-mata..

Tanya la HEP..

-Syah Indra-

TEMUDUGA PENGAMBILAN AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA FESKUM'09 - feskum

Dimaklumkan bahawa FESKUM'09 akan mengadakan satu sesi temuduga pengambilan Ahli Jawatankuasa Pelaksana FESKUM'09. Berikut adalah butiran sesi temuduga:

MASA : 9PAGI- 9 MALAM
TARIKH : 15 APRIL 2009 ( RABU)
TEMPAT : BILIK SEKRETARIAT FESKUM'09, ARAS
BAWAH, BLOK D KOMPLEKS PERDANASISWA.

Daftarlah sebagai Ahli Jawatankuasa Pelaksana FESKUM'09. Banyak kelebihan menanti anda. Antaranya:

- SIJIL DARI BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

- BAJU RASMI FESKUM'09

- KEBAJIKAN ANDA SEMASA PROGRAM INI TERJAGA

- DAN LAIN-LAIN LAGI

Pengambilan AJK adalah TERHAD. SIAPA CEPAT, DIA DAPAT!!!

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 013 - 628 4035 (AMAR)

Jalan buntu `FESKUM '09

(Artikel ini disedut dari komen pembaca )

Selasa, 2009 Februari 17 Oleh : Penggerak

FESKUM merupakan program grand yang amat dibanggakan oleh semua mahasiswa Universiti Malaya. Majoriti di universiti lain, festival konvokesyen mereka diuruskan oleh pihak pentadbiran secara sepenuhnya. Ini berbeza dengan pengurusan di UM yang memberi peluang kepada pemimpin mahasiswa untuk menjalankan pengurusan FESKUM sepenuhnya secara organisasi yang profesional.

Kosmo kampus telah menerumah beberapa jawatankuasa terdahulu FESKUM 07 & 08 yang melihat bahawa “program FESKUM bukanlah sesuatu yang mudah dan mencabar sekirannya MPMUM kali ini, tidak dapat menjalinkan kerjasama yang baik dengan pihak-pihak tertentu”. Ini juga dipersetujui oleh sebahagian mahasiswa di fakulti sastera dan sains yang menganggap bahawa sekirannya pihak pimpinan MPMUM hanya pandai menuding jari dan masih memainkan isu-isu yang negatif terhadap pihak pengurusan, FESKUM akan mengalami jalan yang buntu. Sekarang masa untuk bekerja bukan masa untuk politik.

Pimpinan MPMUM wajar menunjukkan sikap yang positif dan menyahut cabaran dalam program ini, bukannya masih memikirkan (teragak-agak) dan meminta penasihat politik untuk memikirkan. Ini merujuk kepada kenyataan YDP dalam blog mahasiswakini,

“Kita memang ada menerimanya (surat HEPA). Saya telah meminta Shafie (Setiausaha Politik) untuk meneliti perkara tersebut. Sama ada kita sedia bekerjasama atau sebaliknya, akan diputuskan kemudian,” jelas Sdr. Mohammad Ridzuan Mohammad”.

Menurut mahasiswakini "Sdr. Mohd Shafie Hashim ketika dihubungi menjelaskan bahawa beliau sudah menyediakan senarai pendek nama adHoc untuk diperbahaskan dalam mesyuarat MPMUM akan datang; sebelum dikemukakan kepada Ketua Penolong Pendaftar Kanan HEPA K. Puniamurthy".

Satu perkara lagi yang wajar dipersoalkan, kenapa senarai nama pendek adhoc FESKUM 09’ ada pada penasihat politik?. Ini sepatutnya wajar dibincangkan bersama ahli kabinet dan diputuskan bersama.

Selain itu juga, FESKUM merupakan program yang dimanahkan kepada MPMUM untuk diuruskan, bukannya masa mahu ke tak atau jual mahal. Ini masa untuk menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

Dalam pada itu seorang pelajar tahun 3 dari fakulti sastera sdr.wan menyifatkan bahawa, kenyataan sdr. Ridzuan itu atas rentetan pembohongan dan fitnah yang dilakukan oleh kuncu-kuncunya iaitu ProM terhadap pihak pengurusan khususnya HEP dan mereka sebenarnya malu untuk berkerjasama dengan HEP. Bagaimana mereka ingin menjaga kebajikan kami, sedangkan mereka tiada hubungan yang baik dengan pihak pengurusan?.

Kosmo kampus difahamkan HEP berperanan untuk memberi bimbingan dan nasihat serta pemantauan setiap aktiviti/program FESKUM.


di Selasa, Februari 17, 2009

AMY SEACH AKAN KE FESKUM '09????

(Artikel ini disedut dari komen pembaca )

Monday, April 13, 2009
Oleh : Asqalani

Muzik...muzik..muzik..

Hukumnya masih diperselisihkan...ada yang beragapan ianya HARAM...ada yang beranggapan HARUS...
Setelah meneliti kedua-dua pendapat, akhirnya aku ada stand aku sendiri...walaupun aku berjiwa rock, minat lagu2 rock kapak dan parang...tapi dalam meletakkan hukum, kita mesti adil...adakah bila suka dengar lagu atau muzik lalu kita kata muzik halal....atau bila kita tak suka dengar muzik kita kata ianya haram...tidak...penerimaan hukum melibatkan akidah...ketidakmampuan kita dalam mengamalkan hukum soal lain...
Ada pendapat dari kalangan Ulama' Salafi yang kebanyakkannya tidak mengharuskan muzik...dari penghujahan mereka jelas ilmiah dan hebat. Aku kategorikan mereka ini golongan yang "SALiiiiMMm"...
Ada juga pendapat mengharuskan muzik. Juga ilmiah dan hebat... sehinggakan perbahasan mereka menjadi silibus dalam Fikh Kepenggunaan..
Apapun kita mesti ada cara stand kita sendiri..bukan ikutan semata..tapi berdasarkan ilmu kita. JAnganlah bila kita sebut sahaja ini hujah golongan lain dari geng kita jadi kita terus menolak dengan mengatakan mereka ini jumudlah, keras lah..dll...
Walaupun aku tidak menyatakan hujjah dan dalil kedua2 pendapat, itu bukan bermakna aku tak sukakan perbahasan ilmiah...korang boleh buka banyak website yang bincang hukum muzik..
Berbalik kepada Amy Search...yang baru2 nih menafikan beliau berbai'ah dengan PAS..walaupun begitu ianya merupakan suatu perkembangan menarik kepada dakwah PAS itu sendiri. Dengan kemasukkan Renggo bekas kumpulan ARROW juga memberi satu fenomena baru artis dalam memilih PARTI ISlamik sebagai pilihan..
Begitu juga kunjungan SITI Nurhaliza ke Pejabat TG Nik Aziz..Termasuklah MAWI...ketika mana Maestro berkunjung kerumahnya secara mengejut dahulu kelihatan poster Hadi Awang dan Nik Aziz ditampal didinding rumahnya...
Secara peribadi aku melihat ianya sebagai suatu yang positif. Walaupun dahulu, berkobar-kobar microfon ceramah politik yang terlalu menakut-nakutkan golongan artis...
Kalau kita still kekalkan usaha memerintah melebihi men'fikrah', maka kita akan kehilangan idea dan alternatif dalam membentuk sesebuah taklukan...tak kiralah memerintah negara ka..perintah UM ka...Adakah kita akan mengharamkan apa yang kita haramkan sebelum kita memerintah...sebagai contoh : mengharamkan dunia artis hiburan dan hanya memaksa sekelian rakyat mendengar nasyid..sedangkan jiwa mereka tidak seperti kita???....
Bukankah hanya kita dan golongan kita yang akan memenuhi stadium2 dan padang-padang dengan kumpulan nasyid...kemana arah hiburan mereka?? apakah alternatif kita??
Maka ada la puak2 yang akan bercakap.."bagi peluang kami memerintah dulu...kami tau la nk buat camana...."
Sekarang petunjuk dari pihak atasan dah ada..mengambil Amy Search buat mengalunkan lagu rohani dah di "Melewarkan"...jadi apa lagi yang ditunggu untuk FESKUM '09 nih...takkan tak dapat signal lagi kot...
Kalau dulu tak berani nk berartis martis nih...sekarang..apa lagi...fatwa secara tidak rasmi dah ada...takkan nk tunggu arahan lagi...berkreatif matif lah...
Apapun aku masih terfikir...kenapa bila kehadiran PROTAZ ditentang dengan alasan 'hilangnya peng'eksklusif'an golongan agama formal????
Tapi kehadiran ARTIS ROCK tidak ditentang....sedangkan mereka secara tidak langsung menghilangkan hak eksklusif perjuangan hiburan bercorak ISlam....sebab perjuangan hiburan ISlam dieksklusifkan hanya kepada milik penyanyi Nasyid!!!....
Tapi setakat yang aku tau...kalau ditanya kepada penyanyi nasyid...apakah pandangan mereka tentang kehadiran penyanyi berlatar belakangkan rock dalam industri Hiburan ISlam...aku pasti jawapannya positif...mereka mesti menyokong...
Tapi kalau tanya ustaz 'tegar' pendapat mereka mengenai PROTAZ...rasa2 apa jawapannya???

‘Rebranding’ Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM)

FESKUM adakah program grand yang amat dikenali oleh mahasiswa Universiti Malaya. Kebanyakan universiti awam, festival konvokesyen mereka ditadbir oleh pihak pentadbiran secara keseluruhannya. Ini lainnya, pengurusan di UM memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengurus tadbir FESKUM sepenuhnya secara organisasi yang jitu.

Berikutan peralihan kuasa selepas Pemilihan MPMUM ( PRK UM ) pada 19 Januari 2009 lalu, MPMUM dengan kabinet barunya berpandangan bahawa nama FESKUM 09 perlu diubah,ini kerana pendekatan ala pemerintahan pro-m mengendalikan FESKUM berbeza dengan Aspirasi Um dahulu yang kini dikenali dengan Penggerak Mahasiswa.

Pendekatan yang amat ketara, FESKUM kali ini lebih menekankan aspek intelek dan elemen yang seangkatan dengannya. FESKUM kali ini tidak memberi penekanan kepada hiburan, kerana saluran-saluran TV telah memomokkan masyarakat dengan hiburan yang melalai dan melemah jiwa.

Jadi bersesuaian dengan Universiti sebagai tempat berkumpulnya para intelek dan ilmuan, maka FESKUM kali ini akan memastikan agar segala pengisian dan aktiviti yang dijalankan adalah yang berunsur pencetus budaya intelektual, ia sebagai wadah untuk menzahirkan pengorbanan tokoh-tokoh akademik dalam merealisasikan Universiti Malaya sebagai lubuk ilmu.

Sebagaimana yang kita dapat lihat sebelum ini, imej FESKUM telah teruk tercalar sejak aspirasi memerintah sehingga FESKUM 08 dan ia telah gagal dalam senarai antara terbaik dalam anugerah MECD, maka dengan alasan tersebut, jawatan kuasa pelaksana FESKUM 09 berpandangan bahawa ia amat perlu di RE-BRANDING dengan nama dan jenama yang baru bersesuaian dengan imej UM “The Leader in Research & Innovation“.

Harapannya dengan penjenamaan semula ini nanti dapat merealisasikan bahawa festival konvokesyen ialah satu majlis untuk menghargai para graduan dan ilmuan yang bakal konvo dan menyertai majlis yang penuh dengan adat dan istiadat tersebut.

Jika anda punyai rakan yang akan grad pada konvokesyen bertarikh 10 hingga 15 Ogos 2009 ini, tunjuk dan zahirkan penghargaan anda dengan memberi idea nama baru FESKUM kali ini.

Idea anda boleh disalurkan dalam ruang komen pembaca pada artikel ini.

*(penulis merupakan Eksekutif Publisiti & Penerbitan FESKUM 09 dan boleh dihubungi di no 019-5406608)

Redzuan: MPM diajak runding jayakan FESKUM’09

PerdanaSiswa UM 13 Feb. 5.30pm | Yang DiPertua MPMUM Sdr. Mohammad Ridzuan Mohammad mengakui bahawa pihaknya ada diajak runding oleh Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) untuk menjayakan Festival Konvokesyen Universiti Malaya sesi 2009 (FESKUM’09), di sini.

Kita memang ada menerimanya (surat HEPA). Saya telah meminta Shafie (Setiausaha Politik) untuk meneliti perkara tersebut. Sama ada kita sedia bekerjasama atau sebaliknya, akan diputuskan kemudian,” jelas Sdr. Mohammad Ridzuan Mohammad.

Dalam surat tersebut, HEPA meminta MPMUM menyenaraikan 20 penama sebagai adhoc Tertinggi FESKUM’09.

Ketika ditanya adakah beliau masih bertekad untuk tidak bekerjasama dengan HEPA sebagaimana yang diucapkannya sebelum ini, beliau menjelaskan:

Setakat ini, mereka layan kita secara adil. Tiada sebab untuk kita bersikap melampaui batas profesionalisme terhadap mereka.”

Beliau juga menjelaskan bahawa HEPA tidak mungkin bersikap double standard seperti era (Dato’ Prof. Dr.) Razali Agus kerana Naib Canselor yang ada sekarang cukup profesional dan bersikap objektif.

Setiausaha Politik bagi YDP MPMUM, Sdr. Mohd Shafie Hashim ketika dihubungi menjelaskan bahawa beliau sudah menyediakan senarai pendek nama adHoc untuk diperbahaskan dalam mesyuarat MPMUM akan datang; sebelum dikemukakan kepada Ketua Penolong Pendaftar Kanan HEPA K. Puniamurthy.

Terdahulu (dalam Forum Mahasiswa 11/2), YDP MPMUM ada menegaskan bahawa MPMUM sesi kepimpinannya tidak akan melayan birokrasi tidak munasabah HEPA atas alasan AUKU tidak menjelaskan kewajipan tersebut.

Sejak tahun 2004-2008 lalu, HEPA merampas aka kudeta kuasa autonomi MPMUM dalam menguruskan FESKUM (dahulu dikenali sebagai Ekspo Konvokasyen UM - EKSKUM).

TNC HEPA pada waktu itu juga pernah mencipta badan ‘haram’ Konsortium Pengetua-Pengetua Kolej Kediaman UM untuk melaksanakan FESKUM tersebut secara ‘pecah dan perintah’. -mahasiswakini

RAKYAT BERSATU MAHU SUARA DIDENGAR

Selain golongan pelajar, kelas pertengahan dan konservatif turut sertai bantahan

TEHERAN: Mereka yang menyertai tunjuk perasaan di jalan-jalan raya di Iran bukan lagi terdiri daripada golongan muda yang liberal dan kaya.

Malah, ia turut disertai semua anggota keluarga, pemandu teksi dan kaum wanita berhijab yang berpakaian serba hitam. Rata-rata, mereka mahukan satu perkara yang sangat mudah iaitu undi mereka dikira dan suara mereka didengari.

Namun, apa kesudahan matlamat mereka kini masih menjadi satu tanda tanya. Adalah terlalu awal untuk meramalkan jika tunjuk perasaan di Iran sekarang akan berubah menjadi gerakan politik teguh yang dipimpin oleh penentang utama Presiden Mahmoud Ahmadinejad iaitu Encik Mir Hossein Mousavi.

Segelintir rakyat Iran telah turut menyuarakan kesangsian berkaitan kesanggupan rakyat setempat mengekalkan momentum bantahan ini.

Tetapi di Teheran dan beberapa bandar lain di serata negara, penyokong Encik Mousavi, yang terdiri daripada golongan kelas pertengahan dan atasan, telah memberikan isyarat yang jelas.

'Mousavi mewakili undi kami dan kami mengikut beliau,' kata Encik Saham Boorghani, 26 tahun, editor laman web reformis, Diplomasi Iran. Pendirian Encik Boorghani serupa dengan pendirian golongan reformis muda lain yang menyokong Encik Mousavi.

Kali terakhir Iran melihat bantahan antipemerintah ialah sedekad lalu apabila satu serbuan ke atas asrama di sebuah universiti di Teheran mencetuskan bantahan selama enam hari.

Ketika itu, bantahan itu disifatkan sebagai yang terburuk sejak revolusi 1979 yang menggulingkan pemimpin Shah Iran yang pro-Amerika Syarikat.

Gerakan yang diterajui oleh para pelajar itu bagaimanapun hilang momentum begitu sahaja dengan sistem yang sedia ada kekal.

Kali ini, penunjuk perasaan bukan setakat melibatkan para pelajar dan golongan muda. Golongan kelas pertengahan dan golongan konservatif agama turut menyertai bantahan.

Cik Saman Qahremani, 21 tahun, yang berhijab dan berpakaian serba hitam berkata beliau mahu memberitahu pemerintah bahawa rakyat Iran daripada pelbagai lapisan masyarakat kini marah.

'Apabila keputusan (pilihan raya) diumumkan, saya hanya rasa benci. Mereka tipu kami. Kami hanya mahu undi kami diiktiraf. Jika mereka tidak mengambil kira undi rakyat, Iran bukan lagi negara Republik. Ia akan menjadi sebuah monarki,' katanya.

Pekerja majlis bandaran, Encik Reza Hosseini, 37 tahun, bersorak untuk Encik Mousavi apabila beliau tiba di sebuah rapat dalam konvoi kereta.

'Saya mengundi Mousavi dengan harapan untuk menikmati kehidupan lebih baik, lebih kebebasan, keselamatan dan bantuan. Semua orang yang saya kenal telah mengundi Mousavi,' kata Encik Hosseini.

Berdekatan beliau, seorang pemandu teksi yang berada dalam kenderaannya berteriak: 'Semua orang harus turut serta! Jangan tengok sahaja!'

Seorang ibu bersama anak perempuannya pula kelihatan sedang mendekati beribu-ribu penunjuk perasaan untuk menyertai mereka. Alasan mereka ialah mereka tidak sanggup sekadar duduk di rumah dan melihat apa yang telah berlaku.

'Ini berbeza sama sekali dengan apa yang berlaku pada 1999. Bantahan itu adalah antara para pelajar dengan pemerintah. Kali ini, ia antara rakyat dengan pemerintah. Kali ini, ia melibatkan seluruh Iran. Ini satu gerakan yang bersejarah,' kata Encik Boorghani.

Seorang remaja, Amir Ebrahimi, melaungkan 'Hidup Mousavi!'.

'Saya datang ke sini untuk memberitahu pemerintah yang saya tidak bodoh. Saya tahu apa yang mereka lakukan dengan undi saya,' kata Ebrahimi.

Tunjuk perasaan bagi menyokong Encik Mousavi telah merebak di bandar-bandar lain di Iran.

Rapat yang menarik beribu-ribu penduduk telah turut dilaporkan di bandar bersejarah Isfahan, bandar timur laut yang konservatif Mashhad dan bandar selatan Shiraz.

Rakyat setempat bukan hanya marahkan keputusan pilihan raya. Mereka mahukan lebih kebebasan peribadi, ekonomi lebih baik dan kedudukan di peringkat antarabangsa. Mereka menyalahkan Encik Ahmadinejad kerana menjejas nama baik Iran di luar negeri.

'Di kaca mata saya, Ahmadinejad telah mencemarkan dirinya dan juga Iran,' kata Cik Leila, 29 tahun.

Buat masa ini, tiada siapa yang tahu sama ada bantahan ini akan bertambah momentumnya atau lenyap begitu sahaja. Terdapat suara-suara yang sangsi bantahan itu akan dapat bertahan lama.

Antaranya ialah Encik Bahman, seorang mekanik berusia 20 tahun, yang tidak rasa rakyat setempat dapat bertahan lama untuk menentang pemerintah.

'Pemerintah akan dapat menindas rakyat dengan mudah. Mereka akan rasa keseorangan. Penunjuk perasaan ini tidak mempunyai sokongan sementara pemerintah pula mempunyai pelbagai bentuk kuasa,' katanya.

Yang jelas, pemerintah sudah pun mengancam untuk mengambil tindakan segera dan tegas ke atas penunjuk perasaan jika bantahan berterusan.

Ini dapat dilihat pada rapat Isnin lalu apabila askar pemerintah telah melepaskan tembakan dengan sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan terkorban.

'Pemerintah mungkin akan cuba mencekik kami, tapi kami tidak akan berdiam diri dan biarkan mereka berbuat demikian. Kami tidak boleh berpatah balik. Kami tidak akan berputus asa,' kata Encik Boorghani. -- AP.

Saturday, June 20, 2009

Pandangan kami - feskum

Golongan belia merupakan golongan terbesar dan merupakan aset yang amat berharga kepada sesebuah negara. Golongan inilah pelapis dan tulang belakang untuk meneruskan kepimpinan negara, yang mencorakkan maju atau mundur sesebuah negara. Apatah lagi belia-belia tersebut merupakan seorang graduan atau penuntut di sesebuah universiti, khususnya di universiti perdana ini.

Belia, khususnya mahasiswa perlu bersedia dan persiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk menggalas harapan masyarakat dan negara dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kebolehan. Lantas atas dasar tanggungjawab menyediakan modal insan yang memenuhi tuntutan masyarakat dan negara serta agama, betapa pentingnya FESKUM‘09 ini diadakan dan dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar sendiri.

Di sinilah gelanggang yang tepat untuk menghasilkan pelajar-pelajar yang bukan sahaja intelek, bahkan kreatif, berani dan berdaya saing. Di sini juga para pelajar dididik dengan pengalaman, yang mana kita mengetahui bahawa pengalaman itu adalah guru terbaik bagi setiap insan. Kami melihat di sini juga medan melahirkan bukan sahaja bakal pemimpin negara bahkan usahawan yang akan memberi sumbangan besar dalam ekonomi negara pada masa hadapan.
Semoga inisiatif kami mengadakan FESKUM’09 ini dapat membantu usaha KPTM yang cuba melahirkan sebanyak mugkin modal insan yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara. Semoga usaha ini mendapat hidayah dan keredhaan Allah S.W.T.

Thursday, June 4, 2009

Jawatan kuasa Induk dan Eksukutif FESKUM 2009

PENAUNG

Prof Madya Datuk Dr. Azarae Hj Idris
Timbalan Naib Canselor, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaya.

PENASIHAT

En. K. Puniamurthy
Ketua Penolong Pendaftar Kanan, Unit Perhubungan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaya.

PEMANTAU

Saudara Mohd Ridzuan bin Mohamad
Yang Dipertua, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya, Sesi 2008/2009.

PENGARAH

Ahmad Syazwan bin Muhammad Hasan
890908-03-5383
EEE080006

TIMBALAN PENGARAH 1

Siti Nasirah binti Mohamad Zin
860217-30-5164
PEC060065

TIMBALAN PENGARAH 2

Wan Norzahidah binti Wan Ahmad
860120-06-5088
IEB060154

TIMBALAN PENGARAH 3


Nik Abdul Razak Bin Nik Md Ridzuan
871014-11-5399
SES060437

TIMBALAN PENGARAH 4

Nurul Falina binti Azizan
841205-02-5460
REB060051

SETIAUSAHA 1
Masaida binti Mohamed Sulaiman
870409-10-5772
JEA070076

SETIAUSAHA 2
Shazwani binti Mohd Sabri
870118-02-5502
SEP060117

BENDAHARI 1
Lee Keang Kiet
890530-08-5513
CEB080050

BENDAHARI 2
Nor Fadila binti Ayob
830504-07-5392
IEB070022

UNIT PROGRAM
Penolong Pengarah
Nur Farahhuda binti Abdul Rahman
870813-23-5384
IEB060103

Ahli Jwatankuasa
1) Nabiilah binti Zulkifli (SEP060410) 870910-56-5764
2) Wan Masitah binti Wan Rameli (BEQ080054) 870627-06-5772
3) Nur Sharina binti Kamal (BEQ080052) 890429-14-5294
4) Siti Nur Baidura binti Anuar (IEM070030) 870103-56-5004

UNIT PUBLISITI DAN PENERANGAN
Penolong Pengarah
Mohd Hafizi bin Mohamad Pauzi
820327-08-5303
IEB060062

Ahli Jawatankuasa
1) Ismail bin Majelis (IEB070040) 860411-52-6657
2) Azura binti Ibrahim (IEB070022) 840530-11-5094
3) Fadziani binti Yaakub (IEL080002) 870428-29-5532
4) Ling Neng Ho (VES070016) 861215-52-5301

UNIT PROTOKOL
Penolong Pengarah
Khairunnisa binti Ahmad Hamidi
870114-09-5052
AEA070104

Ahli Jawatankuasa
1) Mohd Zahid bin Mohd Nasir (KEK070048) 881128-04-5121
2) Rohisyam bin Abidin (IEH070082) 870711-09-5085
3) Siti Nadzirah binti Majeed (IEB080120) 870803-49-5078
4) Nur Mazeedah Binti Che Robi (IES070081) 870511-03-5504

UNIT TAJAAN
Penolong Pengarah
Yeni Asiqin binti Ali
880202-56-6071
SEP070053

Ahli Jawatankuasa
1) Robiatul Adawiyah binti Mohd Kumberad (TEA070091) 881104-10-5062
2) Sharifah Nur Ain binti Said Ali (TEA070097) 880730-06-5884
3) Siti Munirah binti Muhammad Ali (KET070043) 881022-56-6148
4) Salina binti Mohd Yusoff (AEA080347) 880106-08-6542

UNIT URUSETIA
Penolong Pengarah
Amar bin Osman
870922-02-5159
IEB070012

Ahli Jawatankuasa
1) Mohd Rusydi bin Ramli (IEB070039) 860102-46-5379
2) Azhar Adli bin Ismail (IEB070019) 881019-56-5865
3) Fairulniza binti Mohammad Salleh (IEB070029) 871113-07-5206
4) Mashitah Sakinan binti Abdul Rahman (PEK060057) 850825-08-5282

UNIT TEKNIKAL
Penolong Pengarah
Farid Nasikin
870201-08-6031
IES070040

Ahli Jawatankuasa
1) Abdul Hadi bin Abdul Wahab (IEB070004) 870601-02-5721
2) Naim bin Muktee (AEA080203) 861204-12-5353
3) Nur Farah Naquiah binti Abd Aziz (KET070033) 881008-56-6096

UNIT LOGISTIK
Penolong Pengarah
Yeoh Lay See
880216-35-5168
LEB070107

Ahli Jawatankuasa
1) Ng Su Vun (LEB070064) 870404-07-0064
2) Yeoh Yin Yin (TEA070125) 870927-35-5552
3) Loh Kit Mun (TEA070051) 870514-10-5088
4) Low Yu Jie (LEB080112) 881011-07-5095

UNIT PAMERAN
Penolong Pengarah
Abdul Qayyum bin M Suhaimi
880803-10-5091
IEB070010

Ahli Jawatankuasa
1) Mohd Saiful Azzam bin Shukor (IEJ070041) 871017-23-6057
2) Nik Rozia Afzan binti Nik Ley (AEA070238) 870302-03-5196
3) Norhidayah binti Che Din (AEA070293) 870406-07-5192

UNIT GERAI DAN JUALAN
Penolong Pengarah
Muhammad Solehuddin bin Ridzuan
861016-56-6071
IEB060780

Ahli Jawatankuasa
1) Siti Nur Sabrina binti Mohamad Radzi (IEB 060135) 861129-46-5058
2) Mohd Khairi bin Alwi (IEB 060052) 860310-29-5829
3) Danial bin Li (IEB 060021) 850102-03-6313

UNIT PERHUBUNGAN AWAM
Penolong Pengarah
Noraini Binti Dullah
851225-08-5398
REB060045

Ahli Jawatankuasa
1) Afifah binti Mohamad (BEE080002) 870411-10-5288
2) Izyan Norizzati Hayati binti Mohammad Nor (AEA080085) 880924-56-5190
3) Sotalian Daungkil (AEA080412) 880310-12-5422
4) Betterya binti Ahubol (AEA080037) 870511-49-5682

Web FESKUM 09

 
Powered by Blogger